:: Life's a box of C.H.O.C.O.L.A.T.E.S... Eat 'em all! ::
Thursday, July 03, 2008
Makan FREE di Restoran Cheng Ho
Beginilah Tradisi di ofisku, Metadome. Yang mana jikalau ada staff yang baru masuk pasti diwajibkan untuk belanja makan satu ofis hasil gaji pertama yang diterimanya. Kebiasaannya kami dijamu dengan Pizza Hut, KFC, Nasi Lemak Kg Baru, Domino Pizza, Burger King. Namun kali ini, kami semua makan di luar.... Makan di sebuah restoran yang sekali mahupun berkali² dengar macam restoran milik bangsa cina - Restoran Cheng Ho. Sebenarnya Restoran ini adalah kepunyaan Amy Search.
Terpegun melihat dekorasi yang indah apabila menjejakkan kaki ke dalam restoran tersebut. Terdapat gambar-gambar masyarakat Cina Muslim dan tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding restoran yang semuanya hasil ilustrasi terakhir sahabat baik Amy iaitu Allahyarham Jalil Ngah. Tak menang tangan untuk cuba mengabadikan gambar-gambar yang terpampang di dinding apabila berposing. :)
Memang lazat hingga menjilat dulang, hidangan yang terdapat di situ. Tak sia-sia staf² baru Metadome - Kak Aida, Mizi, Azahari, Dang, Syafiq dan Afham memilih Restoran tersebut untuk menjamu kami seisi ofis. Terima kasih yang tak terhingga buat kalian.
LOKASI : CHENG HO RESTAURANT NO: 15 - 17g, Wangsa Delima 10 Block 38, Dwangsa, WangsaMaju.
Luka di hati siapa yang tahu... Luka di kaki tampak ketara... Uiks.. Bunyik cam baru putus cinta lak, walhal tak ada kena mengena pun 'Luka di hati'. Yang pastinya ketika ini, luka di kakiku akibat tusukan kaca yang tajam bertanduk dua tempohari masih belum sembuh sepenuhnya. Oleh kerana itulah, Hari Sabtu & Ahad begini aku duduk bersantai di rumah sahaja.
Temujanjiku dengan Kak Awin serta clientnya terpaksa dibatalkan hari ini. Majlis perkahwinan sahabatku, Mohd Azli pun tidak dapat kuhadiri. Sambil-sambil berehat di rumah, aku berpeluang untuk mengupdate entry untuk fotopagesku serta design kad ucapan Selamat Pengantin Baru seperti yang dipaparkan di atas.
Dikesempatan ini jugalah aku nak berkongsi artikel tentang 'Hakikat Pernikahan... Marilah Kita Renungkan!'
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan , hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan ? cuba kita lihat ... dan manakah pilihan kita ???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan .
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup .
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI. - Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
*** Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati . Insyaallah .. ..
KLIK DI SINI! untuk penerangan lanjut tentang Bab Pernikahan
Setelah sekian lama Dayu tak menjenguk Blog online nie. Semuanya gara-gara kesibukan yang melanda membuatkan diri Dayu sendiri yang dapat memperuntukkan peluang dan ruang untuk menukilkan sebarang coretan di dada skrin ini . Ntah macam mana.. terdetik juga di hati Dayu nie nak menukil kembali segala kenangan dan apa yang berlaku di dalam nie, semoga ianya turut dapat dikongsi dengan rakan-rakan lain yang sudi meluangkan masa untuk membaca nukilan riwayat ttg diri Dayu ini.
Khas buat kenalan yang kutemui di menerusi blogspot ini. Hanya sekajang sajak dapat dikongsi bersama buat kalian semua. Semoga bergembira dengan titipan yang ringkas ini.
You are more to me than simply words on a screen. You have come into my life, into my heart, and into my mind.
You have filled me with inspiration and true kindness. I could never find a friend in all my searching of the world who could fill all the spaces in my life that you have filled.
Together we have formed a bond that no one could break apart. Thank you my friend for being there and taking time to care.
If we never meet in the flesh you will always be a big part of my life and I feel you are by my side every day and only a posting perday.
Self insight to get blessing from ALLAH... Itulah yang ku praktiskan beberapa bulan ini... Muhasabah diri ke arah mukmin sejati. Walaupun diri ini kosong tanpa hadirnya cinta dari mana-mana insan, namun aku cukup bahagia dengan limpahan kasih sayang yang dikurniakan oleh Ilahi... Cinta Ilahi, Cinta Hakiki...
Aku bersyukur ke hadratMu Ilahi di atas rasa yang dikau berikan ini. Telahku perangi sikap² Mazmumah ku ke arah khayra (kebaikan). Kesunyian & kesepian yang datang menerpa dapatku tepis dengan kehadiranMu dalam jiwaku... Manakala Rasullulah berada dalam mindaku.
Kini aku tidak seperti dulu.... Seorang yang panas baran, kini sejuk umpama ais... Seorang yang sensitif, kini tenang setenang air di kali... Seorang yang cepat naik angin, kini lantas beristighfar...
Ya Allah, Kurniakanlah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu dan menjadikan cinta itu boleh dihambakan.
Oh Tuhan, Ku mendamba cinta dan rahmat dariMu.. ku pohon cinta insan yang menyintaiMu.. bimbinglah daku mengenali cinta suci, moga dapat ku kecapi kasih yang sejati.
S.E.R.V.I.C.E :- Freelance in doing intricate Full Bridal Henna (a.k.a Mehendi Design), Enggagement, Henna Nite Party, Personal Appointment, Charity Event, Corporate Event, Family Day and offering an Exclusive Henna Design for Dinner or Gala.
P.R.I.C.E :- Depends on simplicity/complexity of patterns. I can guarantee that I quoted the CHEAPEST price iN ToWN!
M.Y H.E.N.N.A X.T.V.Ties :-
AUGUST„.-·~¹°"ˆ˜¨* :: 08 AUGUST- Bridal Henna (Mimi, Kota Damansara PJ)DONE! :: 10 AUGUST- Bridal Henna (Juliana, Taman Tun KL)DONE! :: 15 AUGUST - Bridal Henna (Etty, Kg Tasik Permai Ampang))depost paid~! :: 16 AUGUST - Bridal Henna (Salma, Kg Melayu Subang)depost paid~! :: 17 AUGUST - Bridal Henna (Sarah, Wangsa Melawati)depost paid~! :: 17 AUGUST - Bridal Henna (Maz, Taman Keramat) :: 17 AUGUST - Bridal Henna (Nurul, Seksyen 3 PJ) :: 22 AUGUST - Bridal Henna (As, henna location yet to confirm) :: 23 AUGUST- Bridal Henna (Azrina, Damansara Jaya PJ)deposit paid~! :: 24 AUGUST- Bridal Henna (Haslin, Puchong KL)paid~!
NOVEMBER„.-·~¹°"ˆ˜¨* :: 01 NOVEMBER- Bridal Henna (CT, Gombak Setia KL) :: 09 NOVEMBER- Bridal Henna (Azura Amy, Rawang) :: 17 NOVEMBER- Bridal Henna (Tasya, Bandar Baru Wangsa Maju KL) :: 23 NOVEMBER- Bridal Henna (Min, Dayu's Home in Assunta PJ) :: 30 NOVEMBER- Bridal Henna (Idza, Ara Damansara) :: 31 NOVEMBER- Bridal Henna (Fuzie, Batu Caves KL)
DECEMBER„.-·~¹°"ˆ˜¨* :: 14 DECEMBER- Bridal Henna (Suhaili, SP Batu Caves)depost paid~! :: ?? AUGUST - Bridal Henna (Aqmarissa, KL)depost paid~!
YEAR 2007 HENNA BRIDAL PACKAGE DESIGNS UPDATED !!! BOOKING WEDDING PACKAGE ARE ACCEPTED FOR JAN 2007 ONWARDS. Please call Dayu for further information & to set appointment to view My Henna Portfolio.
Punca Diet Tidak Berhasil Anda sudah puas melakukan pelbagai diet, tetapi berat badan idaman tidak juga tercapai, Mengapa agaknya ya? Soalan ini juga yang sering di tanya oleh ramai orang wanita dan juga lelaki yang senasib dengan anda. Tentu ada punca kenapa perkara ini terjadi, ini. Perkara ini adalah berpunca kerana ada beberapa kesalahan yang sering kali tidak akan anda sedari ketika sedang berdiet. Akibat kesalahan ini, berat badan anda tetap dalam ukuran yang serupa, malahan ada yang menjadi sebaliknya. Iaitu anda mendapat berat badan yang berganda dari sebelumnya. Aduhai!!!!!!
Berikut adalah beberapa kesalahan yang tidak kita sedari.
Mengurangi Waktu Makan, Bukan Jumlah Makanan Perkara ini sering kali dilakukan oleh fanatik diet ini, dengan melepaskan salah satu waktu makan seperti sarapan atau makan malam. Sedangkan sarapan dan makan malam itu sangat penting sebagai sumber tenaga utama untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari, ada juga yang menggelakkan mengambil makanan yang manis dan berlemak ketika sedang berlapar. Perlu di ingat, makan secara teratur, tiga kali sehari akan meningkat metabolisme tubuh yang akan membantu mengurangkan berat badan, kerana proses pembakaran lemak dan kalori lebih mudah terjadi. Ini berbeza ketika tubuh dalam keadaan berlapar, metabolisme secara semula jadi akan menurun.
Diet yang menghadkan sekelompok makanan sahaja Diet yang menganjurkan tidak makan kabohiderat atau lemak sama sekali, dan hanya mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja tidak baik untuk kesihatan, kerana tubuh juga memerlukan vitamin dan mineral terutama dalam usia remaja. Tubuh juga memerlukan kalori dan nutrien yang seimbang untuk menjaga kesihatan. Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada langsung tidak mengambil lemak.
Pengambilan kalori terlalu rendah Untuk perempuan, tubuh memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, sementara lelaki memerlukan 2500 kalori. Tetapi jika kadarnya lebih rendah iaitu sekitar 1000 sehari atau kurang. Ia akan menyebabkan metabolisme tubuh akan menurun dan boleh menyebabkan anemia.
Tidak Bersukan Exercise atau bersenam akan meningkatkan metabolisme tubuh serta membantu proses pembakaran lemak dan kalori, berat badan pun akan cepat menurun. Kalau tidak bersukan, sudah pasti proses penurunan berat badan anda akan sukar.
Makan Salad Memakan salad ini memang baik, tetapi anda perlu ingat bahawa biasanya mayonis yang digaulkan dalam salad mengandungi lemak yang cukup tinggi.
Tidak Minum Susu Minum susu setiap hari amat diperlukan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana ia boleh menguatkan tulang dan melengkapkan nutrien tubuh. Jangan abaikan minum susu pulak.
Berat Badan Turun Drastik Sebaik-baiknya berat badan yang turun tidak boleh lebih 1-2kg dalam seminggu kerana jika berat turun mendadak, ia boleh menjadi punca pada kompilasi kesihatan pada yang lain, seperti hati dan buah pinggang. Ini kerana organ tersebut terpaksa berkerja keras untuk menggantikan cadangan glukosa dalam darah. Selain itu juga akan menganggu kesihatan anda.
Sengajaku tempelkan forwarded email yang diterima pada blogku yg telah lama tidak bernyawa ini. Bukannya apa.. aku terlalu sibuk dengan urusan seharian di pejabat sehingga tidak punyai masa yang terluang untuk menukil sebarang cerita ceriti di sini.. Arrghh windunya untuk menukil kembali seperti dahulu..
Email yang kuterima ini amat bagus sekali.. begitu panjang lebarnya tips2 yang diberikan sesuai untuk aku yang masih bujang ini. Supaya segala ilmu yang tertera di sini dapat dipraktiskan ketika telah menjalani kehidupan berumahtangga kelak.
Tapi mampukah aku... yang sensitif, panas baran & cepat naik angin ini menjadi isteri yang solehah kelak?
Kadang-kala aku rasa takut nak kahwin.. sebabnya, aku khuatir aku akan menderhaka pada suamiku nanti. Al maklumlah, aku ini dilahirkan sebagai seorang pendebat... Ada sajer yang nak didebatkan & nak menang selalu. Semoga Allah akan kurniakan seorang insan yang mampu membimbingku mencintai Allah SWT sepenuhnya & menjadi ais untuk menyejukkan panas baranku itu...
Hubungan suami isteri
Kita perlu memahami bahawa hubungan suami isteri itu dipengaruhi oleh sekurang-kurangnya 3 perkara : 1). Aspek diri suami seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya, kemahiran bercakap dan penampilan diri. 2). Aspek diri isteri seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya, kemahiran bercakap dan penampilan diri. 3). Suasana atau persekitaran seperti masa yang dipilih untuk berkomunikasi, keadaan rumah dan sebagainya.
Suami isteri perlu menyemai niat yang baik apabila berkomunikasi.
Komunikasi ialah satu perbuatan. Permulaan kepada perbuatan itu adalah niat. Sebagai seorang muslim, niat memainkan peranan penting dalam menilai setiap perbuatan dan amalan kita. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk mendapatkan keredhoaan Allah. Oleh itu suami isteri perlu berlumba-lumba mencari keredhaan Allah di dalam perhubungan.Komunikasi adalah satu proses yang bermula dari dalam individu yang terlibat. Oleh itu pasangan perlu malaksanakan beberapa panduan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi suami isteri serta merapatkan perhubungan keduanya.
Kenali diri anda dahulu sebelum mengenali pasangan.
Anda perlu menilai sikap anda, kelemahan , kekuatan dan keperluan di dalam hidup berkeluarga. Anda perlu melihat beberapa faktor antaranya : a. Jangan silap dalam mengenali pasangan anda. Buat apa yang sukai oleh pasangan anda, jangan buat sesuatu yang menimbulkan kebosanan dan jemu. b. Jangan fikir pasangan anda mempunyai sikap, perasaan dan fikiran sebagaimana anda. Anda perlu memberi ruang perbezaan. Selalu berbincang dan bertukar-tukar pandangan. c. Jangan suka mencari kesalahan pasangan. Sebagai insan biasa mesti ada kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, maaf bermaafan itu adalah lebih baik. d. Tidak terlalu cemburu atau tidak percaya kepada pasangan. Cemburu itu tandanya sayang tetapi terlalu cemburu itu menyebabkan sangka buruk Orang yang bersangka buruk tidak akan dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik. e. Jangan terlalu ingin berkuasa ke atas pasangan. Ianya terhasil daripada salah seorang terlalu mementingkan diri dan suka merendahkan pasangan. Akibatnya hubungan akan menjadi kaku dan tidak mesra.
Amalkan nilai murni dan akhlak mulia dalam hubungan suami isteri.
1. Sopan santun dan lemah lembut terhadap pasangan. 2. Amalkan sikap saling hormat menghormati 3. Amalkan memberi salam. 4. Sentiasa sembahyang berjamaah 5. Panggil pasangan dengan nama yang menghiburkan hatinya yang mesra dan sesuai.
Bersedia dari segi mental, fizikal dan penampilan untuk melayani dan mendengar pasangan
a. Elakkan berkomunikasi ketika anda terlalu letih. Ia mungkin akan menyebabkan anda hilang tumpuan kepada apa yang diperkatakan oleh pasangan. Ini akan menyebabkan jemu dan bosan. b. Kemaskan penampilan diri sebelum berkomunikasi. Fikir apa yang anda hendak perkatakan sebelum anda menyarakannya kepada pasangan anda. c. Wujudkan keselesaan dan keindahan di dalam rumah. Suasana rumah yang kotor, berselerak dan bising kurang sesuai untuk berkomunikasi.
Tingkatkan kemahiran berkomunikasi
1. Beri tumpuan kepada pasangan samasa berinteraksi iaitu mewujudkan pertembungan mata. Ianya menandakan anda memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan. 2. Sampaikan mesej dengan jelas dan tepat tanpa ada muslihat. Bungau-bunga di dalam perbualan kadang-kadang akan merimaskan pasangan dan mungkin dia tidak dapat memahaminya dengan jelas. 3. Elakkan daripada bercakap serentak. Jangan pentingkan diri anda. Dengar dulu apa yang pasangan anda ingin perkatakan. 4. Dengar sambil menghayati tanpa menilai apa yang dicakapkan oleh pasangan anda. Anda perlu faham perasaannya dahulu kemudian barulah memberikan pandangan atau teguran atau anda diam sahaja. 5. Minta penjelasan apabila tidak faham apa yang diperkatakan. Kerap melakukan aktiviti bersama a. Selalu beribadah bersama b. Mengingati dan menarikan ulangtahu? Hari kelahiran bersama. c. Berkongsi tugas di rumah. d. Sering berjenaka dan bergurau senda. e. Berbincang apabila melibatkan urusan rumahtangga.
Beri atau terima teguran secara baik dan bijaksana.
a. Tidak menengking apabila marah tetapi menggunakan bahasa teguran yang membina atau diam menandakan anda sedang marah. b. Menegur dengan lembut tetapi tegas. c. Jangan merendahkan pasangan apabila anda sedang marah. d. Segera meminta maaf apabila bersalah. Jangan ego.
Adab sopan apabila berdepan dengan suami Suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.
Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang- kadang dia sengaja hendak menguji kita.
Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali yang melanggar syariat
Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (di sinilah tanda kasih sayang terhadap suami ). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.
Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian ( di dalam rumah ) dan berwajah manis.
Memuliakan ibubapa dan keluarga suami, menghormati isteri-isterinya ( jikalau bermadu ) dan melayani anak-anak suami (anak tiri kita) dengan baik.
Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati.
Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya,menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air. Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.
Mesti sama-sama merasai perasaan suami .Suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang. Dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak menperkecilkannya. Tegasnya, dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.
Memelihara maruah suami.
Memahami akan kerjaya suami dan tidak merungut jika suami balik lewat.
Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak mulia di depan suami. Tidak bertengkar atau bergaduh di depan anak-anak. Mengekalkan sifat malu kepada suami.
Memelihara kehormatan ketika suami tidak ada di rumah.
Merasa cukup apa yang telah diberikan oleh suami.
Melayan suami hanya untuk mendapatkan keredhoaan Allah.
Bersabda Rasulullah s.a.w : "Apabila seseorang wanita tetap bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mematuhi suaminya, maka dapatlah dia memasuki syurga." (Hadith Riwayat Al Bazzar)
Page one is a diet, page two is a chocolate cake. It's a no-win situation. Strength is the ability to break a chocolate bar into four pieces with your bare hands - and then eat just one of those pieces
About Me
Name: Rieda Eidayu M Selim Home: Assunta PJ, Selangor, Malaysia About Me: I'm an orphan and lone ranger. Simple, Straight Forward and Believer of Honesty and Trust. Mixed Parentage -Malay Portuguese & Chinese. Nothing to do with iRaNiaN~!! I'm the youngest in the family of 3 siblings (which are all females). Currently working in KL as an Exect. in a wireless company. More into mobile technologies. See my complete profile