.:Ku Memburu CintaMu...


Self insight to get blessing from ALLAH... Itulah yang ku praktiskan beberapa bulan ini... Muhasabah diri ke arah mukmin sejati. Walaupun diri ini kosong tanpa hadirnya cinta dari mana-mana insan, namun aku cukup bahagia dengan limpahan kasih sayang yang dikurniakan oleh Ilahi... Cinta Ilahi, Cinta Hakiki...

Aku bersyukur ke hadratMu Ilahi di atas rasa yang dikau berikan ini. Telahku perangi sikap² Mazmumah ku ke arah khayra (kebaikan). Kesunyian & kesepian yang datang menerpa dapatku tepis dengan kehadiranMu dalam jiwaku... Manakala Rasullulah berada dalam mindaku.

Kini aku tidak seperti dulu....
Seorang yang panas baran, kini sejuk umpama ais...
Seorang yang sensitif, kini tenang setenang air di kali...
Seorang yang cepat naik angin, kini lantas beristighfar...

Ya Allah,
Kurniakanlah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu
dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu
dan menjadikan cinta itu boleh dihambakan.

Oh Tuhan,
Ku mendamba cinta dan rahmat dariMu..
ku pohon cinta insan yang menyintaiMu..
bimbinglah daku mengenali cinta suci,
moga dapat ku kecapi kasih yang sejati.


.:Punca Diet Tidak Berhasil:.

Punca Diet Tidak Berhasil
Anda sudah puas melakukan pelbagai diet, tetapi berat badan idaman tidak juga tercapai, Mengapa agaknya ya? Soalan ini juga yang sering di tanya oleh ramai orang wanita dan juga lelaki yang senasib dengan anda. Tentu ada punca kenapa perkara ini terjadi, ini. Perkara ini adalah berpunca kerana ada beberapa kesalahan yang sering kali tidak akan anda sedari ketika sedang berdiet.
Akibat kesalahan ini, berat badan anda tetap dalam ukuran yang serupa, malahan ada yang menjadi sebaliknya. Iaitu anda mendapat berat badan yang berganda dari sebelumnya. Aduhai!!!!!!

Berikut adalah beberapa kesalahan yang tidak kita sedari.

Mengurangi Waktu Makan, Bukan Jumlah Makanan
Perkara ini sering kali dilakukan oleh fanatik diet ini, dengan melepaskan salah satu waktu makan seperti sarapan atau makan malam. Sedangkan sarapan dan makan malam itu sangat penting sebagai sumber tenaga utama untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari, ada juga yang menggelakkan mengambil makanan yang manis dan berlemak ketika sedang berlapar.
Perlu di ingat, makan secara teratur, tiga kali sehari akan meningkat metabolisme tubuh yang akan membantu mengurangkan berat badan, kerana proses pembakaran lemak dan kalori lebih mudah terjadi. Ini berbeza ketika tubuh dalam keadaan berlapar, metabolisme secara semula jadi akan menurun.

Diet yang menghadkan sekelompok makanan sahaja
Diet yang menganjurkan tidak makan kabohiderat atau lemak sama sekali, dan hanya mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja tidak baik untuk kesihatan, kerana tubuh juga memerlukan vitamin dan mineral terutama dalam usia remaja.
Tubuh juga memerlukan kalori dan nutrien yang seimbang untuk menjaga kesihatan. Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada langsung tidak mengambil lemak.

Pengambilan kalori terlalu rendah
Untuk perempuan, tubuh memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, sementara lelaki memerlukan 2500 kalori. Tetapi jika kadarnya lebih rendah iaitu sekitar 1000 sehari atau kurang. Ia akan menyebabkan metabolisme tubuh akan menurun dan boleh menyebabkan anemia.

Tidak Bersukan
Exercise atau bersenam akan meningkatkan metabolisme tubuh serta membantu proses pembakaran lemak dan kalori, berat badan pun akan cepat menurun. Kalau tidak bersukan, sudah pasti proses penurunan berat badan anda akan sukar.

Makan Salad
Memakan salad ini memang baik, tetapi anda perlu ingat bahawa biasanya mayonis yang digaulkan dalam salad mengandungi lemak yang cukup tinggi.

Tidak Minum Susu
Minum susu setiap hari amat diperlukan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana ia boleh menguatkan tulang dan melengkapkan nutrien tubuh. Jangan abaikan minum susu pulak.

Berat Badan Turun Drastik
Sebaik-baiknya berat badan yang turun tidak boleh lebih 1-2kg dalam seminggu kerana jika berat turun mendadak, ia boleh menjadi punca pada kompilasi kesihatan pada yang lain, seperti hati dan buah pinggang. Ini kerana organ tersebut terpaksa berkerja keras untuk menggantikan cadangan glukosa dalam darah. Selain itu juga akan menganggu kesihatan anda.

::Ilmu Bagi DiriKu Yang Bakal Berumahtangga::

Sengajaku tempelkan forwarded email yang diterima pada blogku yg telah lama tidak bernyawa ini. Bukannya apa.. aku terlalu sibuk dengan urusan seharian di pejabat sehingga tidak punyai masa yang terluang untuk menukil sebarang cerita ceriti di sini.. Arrghh windunya untuk menukil kembali seperti dahulu..

Email yang kuterima ini amat bagus sekali.. begitu panjang lebarnya tips2 yang diberikan sesuai untuk aku yang masih bujang ini. Supaya segala ilmu yang tertera di sini dapat dipraktiskan ketika telah menjalani kehidupan berumahtangga kelak.

Tapi mampukah aku... yang sensitif, panas baran & cepat naik angin ini menjadi isteri yang solehah kelak?

Kadang-kala aku rasa takut nak kahwin.. sebabnya, aku khuatir aku akan menderhaka pada suamiku nanti. Al maklumlah, aku ini dilahirkan sebagai seorang pendebat... Ada sajer yang nak didebatkan & nak menang selalu. Semoga Allah akan kurniakan seorang insan yang mampu membimbingku mencintai Allah SWT sepenuhnya & menjadi ais untuk menyejukkan panas baranku itu...

Hubungan suami isteri

Kita perlu memahami bahawa hubungan suami isteri itu dipengaruhi oleh sekurang-kurangnya 3 perkara :
1). Aspek diri suami seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya, kemahiran bercakap dan penampilan diri.

2). Aspek diri isteri seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya, kemahiran bercakap dan penampilan diri.
3). Suasana atau persekitaran seperti masa yang dipilih untuk berkomunikasi, keadaan rumah dan sebagainya.

Suami isteri perlu menyemai niat yang baik apabila berkomunikasi.

Komunikasi ialah satu perbuatan. Permulaan kepada perbuatan itu adalah niat. Sebagai seorang muslim, niat memainkan peranan penting dalam menilai setiap perbuatan dan amalan kita. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk mendapatkan keredhoaan Allah. Oleh itu suami isteri perlu berlumba-lumba mencari keredhaan Allah di dalam perhubungan.Komunikasi adalah satu proses yang bermula dari dalam individu yang terlibat. Oleh itu pasangan perlu malaksanakan beberapa panduan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi suami isteri serta merapatkan perhubungan keduanya.

Kenali diri anda dahulu sebelum mengenali pasangan.

Anda perlu menilai sikap anda, kelemahan , kekuatan dan keperluan di dalam hidup berkeluarga. Anda perlu melihat beberapa faktor antaranya :
a. Jangan silap dalam mengenali pasangan anda. Buat apa yang sukai oleh pasangan anda, jangan buat sesuatu yang menimbulkan kebosanan dan jemu.
b. Jangan fikir pasangan anda mempunyai sikap, perasaan dan fikiran sebagaimana anda. Anda perlu memberi ruang perbezaan. Selalu berbincang dan bertukar-tukar pandangan.
c. Jangan suka mencari kesalahan pasangan. Sebagai insan biasa mesti ada kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, maaf bermaafan itu adalah lebih baik.
d. Tidak terlalu cemburu atau tidak percaya kepada pasangan. Cemburu itu tandanya sayang tetapi terlalu cemburu itu menyebabkan sangka buruk Orang yang bersangka buruk tidak akan dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.
e. Jangan terlalu ingin berkuasa ke atas pasangan. Ianya terhasil daripada salah seorang terlalu mementingkan diri dan suka merendahkan pasangan. Akibatnya hubungan akan menjadi kaku dan tidak mesra.

Amalkan nilai murni dan akhlak mulia dalam hubungan suami isteri.

1. Sopan santun dan lemah lembut terhadap pasangan.
2. Amalkan sikap saling hormat menghormati
3. Amalkan memberi salam.
4. Sentiasa sembahyang berjamaah
5. Panggil pasangan dengan nama yang menghiburkan hatinya yang mesra dan sesuai.

Bersedia dari segi mental, fizikal dan penampilan untuk melayani dan mendengar pasangan

a. Elakkan berkomunikasi ketika anda terlalu letih. Ia mungkin akan menyebabkan anda hilang tumpuan kepada apa yang diperkatakan oleh pasangan. Ini akan menyebabkan jemu dan bosan.
b. Kemaskan penampilan diri sebelum berkomunikasi. Fikir apa yang anda hendak perkatakan sebelum anda menyarakannya kepada pasangan anda.
c. Wujudkan keselesaan dan keindahan di dalam rumah. Suasana rumah yang kotor, berselerak dan bising kurang sesuai untuk berkomunikasi.

Tingkatkan kemahiran berkomunikasi

1. Beri tumpuan kepada pasangan samasa berinteraksi iaitu mewujudkan pertembungan mata. Ianya menandakan anda memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan.
2. Sampaikan mesej dengan jelas dan tepat tanpa ada muslihat. Bungau-bunga di dalam perbualan kadang-kadang akan merimaskan pasangan dan mungkin dia tidak dapat memahaminya dengan jelas.
3. Elakkan daripada bercakap serentak. Jangan pentingkan diri anda. Dengar dulu apa yang pasangan anda ingin perkatakan.
4. Dengar sambil menghayati tanpa menilai apa yang dicakapkan oleh pasangan anda. Anda perlu faham perasaannya dahulu kemudian barulah memberikan pandangan atau teguran atau anda diam sahaja.
5. Minta penjelasan apabila tidak faham apa yang diperkatakan.
Kerap melakukan aktiviti bersama

a. Selalu beribadah bersama
b. Mengingati dan menarikan ulangtahu? Hari kelahiran bersama.
c. Berkongsi tugas di rumah.
d. Sering berjenaka dan bergurau senda.
e. Berbincang apabila melibatkan urusan rumahtangga.

Beri atau terima teguran secara baik dan bijaksana.

a. Tidak menengking apabila marah tetapi menggunakan bahasa teguran yang membina atau diam menandakan anda sedang marah.
b. Menegur dengan lembut tetapi tegas.
c. Jangan merendahkan pasangan apabila anda sedang marah.
d. Segera meminta maaf apabila bersalah. Jangan ego.

Adab sopan apabila berdepan dengan suami

Suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.


Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang- kadang dia sengaja hendak menguji kita.

Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali yang melanggar syariat

Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (di sinilah tanda kasih sayang terhadap suami ). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.

Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian ( di dalam rumah ) dan berwajah manis.

Memuliakan ibubapa dan keluarga suami, menghormati isteri-isterinya ( jikalau bermadu ) dan melayani anak-anak suami (anak tiri kita) dengan baik.

Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati.

Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya,menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air.
Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.


Mesti sama-sama merasai perasaan suami .Suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang. Dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak menperkecilkannya. Tegasnya, dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.

Memelihara maruah suami.

Memahami akan kerjaya suami dan tidak merungut jika suami balik lewat.

Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak mulia di depan suami. Tidak bertengkar atau bergaduh di depan anak-anak.

Mengekalkan sifat malu kepada suami.


Memelihara kehormatan ketika suami tidak ada di rumah.

Merasa cukup apa yang telah diberikan oleh suami.

Melayan suami hanya untuk mendapatkan keredhoaan Allah.

Bersabda Rasulullah s.a.w : "Apabila seseorang wanita tetap bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mematuhi suaminya, maka dapatlah dia memasuki syurga." (Hadith Riwayat Al Bazzar)

, , ,

.::Cameron Highlands Trip::.


.: Saturday, 28th April 2007

A much awaited day for the drive and overnight stay in Cameron Highlands. No matter that it dawned dark and drizzly. The cloudy skies and light drizzle did not deter those who turned up to support the drive. It's only convoy of 2 cars: Kelisa & Citra. The cars fully packed with cumbersome luggages of 8 pretty single ladies.

Cameron Highlands, a picturesque highland with fresh air and floral scents, is one of the most popular tourist spots in Malaysia. We assembled at Wani's House in Kota Damansara because a thrilling trip to Cameron Highlands was about to begin. This was an unusual trip because a group of young pretty ladies (Only ladies~!) full with courage eagerly to climb one of the coolest mount in Malaysia.

The convoy set off at approx. 9.00am, Wani with her Kelisa was interested enough to have stayed with me who drove Sue's Citra all the way to Tapah. On our way to Tapah, we saw a long convoy of PORSCHE cars. All the ladies in the cars start screaming including me~! Hehehehe...I've asked Sue to snap some photos but it turned out to be video recording instead.

We hit Tapah at 11.00am. I certainly was champing at the bit at having to stay within the speed limit. From the North South Expressway (NSE or PLUS Highway), we took Tapah exit. After paying at the toll booth, turn left into the main Tapah-Ringlet road that leads to Cameron Higlands. The Lata Iskandar is located after some 30 minutes of driving from Tapah. To be honest, we did not find the water too inviting for a dip. The water was clear enough, but the idea of swimming by the busy roadside was probably not the best of idea. Anyway, there are a number of food stalls and handicraft outlets nearby the waterfalls. You may browse to see what you may like. To us, they are probably more of tourist traps than anything else.


The prospect of missing out on the drive up the winding road to the Highlands was too tempting to forgo.. Soon we were at the Carnation Apartments, Tanah Rata after we paid RM500 and took the key from the owner at a food stall called Strawberry Kiosk. We dragged our luggage and went into our respective apartment. By this time, it was about 1.00pm. We grabbed a quick rest and then Diana, our talented chef started preparing our lunch. As time went on, we got closer to one another. Proudly to see that each of us know our own responsiblities and everything ran smoothly as planned. That evening, we went to the night market in Brincang after a persistent drizzle had stopped. At the night market, we could see some of us with smiles of satisfaction at the 'trophies'they had collected. Some of us bought Cactuses, Keychains and lots more~! Not long after, we went back to our apartments to prepare for dinner and AF5 Concert. There was ample food, and even though we made an all-out effort to squeeze and shove as much food as possible into our mouths, we couldn’t finish it all.

.: Sunday, 29th April 2007

The next day, we all woke up early. After we had freshened up and had breakfast, we took some photographs outside the apartments. Then, we quickly jumped into the Citra. Luckily it could fit 8 of us in a car. We resisted to go to Bharat tea plantation and drove up to BOH tea plantation at Sungai Palai. We gazed at the endless green carpet of tea bushes. It was a spectacular view. We spent one hour there, breathing in the tea scent and then breathing out the foul urban air within us. Needless to say, we took photos till the batteries weak.

As soon as we arrived at the Butterfly farm, we stepped out jubilantly from the Citra. Charges RM5 per person and calls itself Butterfly Farm but only a few inside. Some nice flowers though. Saw a plant with green coloured blooms labelled as 'green roses' though they didn't resemble any rose I know of. Enjoy the flowers, take some pictures and at least they don't charge anything for taking in a camera! Along told me that the Butterfuly Farm at Penang is much better. Later, we continued our journey to a bee farm.When we arrived, we jumped out from the Citra hurriedly because it was drizzling. We didn't spend a lot of time wandering around the bee farm because we did not find it that attractive.

The MARDI place is an absolutely lovely place and thousands of tourists have visited it since it was opened years ago. We found numerous types of flowers, plants and cactus there. We strolled through the park at a relaxed pace, and as we did so, we could feel the stress of urban living ease off us. The MARDI is quite big, so we spent almost two hours drinking in the beauty of the flowers and imprinting their image on camera and in our minds. It was no surprise that the batteries are weaken faster compare our visit to Bee & Butterfly Farm.

.: Monday, 30th April 2007

Sadly, all good things must come to an end. The next day, We turned into the southbound PLUS highway at Simpang Pulai and headed home. Before that, we took the opportunity to shop for fresh vegetables, fruits and flowers at Kea Farm nearby Equatorial Hotel. All in all, it was a funfilled event and all of us enjoyed ourselves very much. We drove safe, kept within the speed limits (no summons received yet!) and looked out for each other.

::iG Has Been Accused~!::

I was so busy since last January till I have no time to update my blog. Last evening, I was told by Nash that someone has post me a warning message in my Shoutbox. I was extremely shocked to know that I've been accused of stealing pictures from another Henna Artiste.

All pictures displayed in my blog are mine~!!! This is extremely funny coz.. how come she could claimed the pictures belong to her as you can see it was taken at my home and a restaurant in Malaysia wherelse she is in California.

The next step I took is to watermark most of my Henna pictures. This is the best protection for my digital images and I've always tried to keep my watermark small and out of the viewers way but I have been considering making it larger here lately. It may be that some just 'capture' it and live with it right now. Actually I don't really mind though.. I'm not like Darcy who is yelling in my shoutbox and asking me to get my own pictures down...

My fellow friends know that I am so much fond of sketching henna designs on top of anybodies hands. Most of the times, I could not sit still and I will start offering and share my henna enthusiasm with my nieces and friend by filling up their hands with my NEW IDEAS of Henna Designing...





@ Mohsin Restaurant, TTDI KL

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair