Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts
, , , , , ,

Hari 06 - Tempe Oh Tempe

Pada tahun 1996, hampir 16 tahun yang lalu aku pernah menyertai perkhemahan terbesar anjuran Utusan Malaysia di Taman Rimba Komanwel. Lokasinya terletak 6 km dari Bandar Rawang melalui Jalan Selayang - Rawang dan 30 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Taman Rimba ini berada di dalam Hutan Simpan Bukit Lagong yang merupakan sebahagian dari Hutan Taman Negeri, juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. Pelbagai aktiviti lasak diadakan termasuklah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Fadilah Kamsah. Inilah kali pertama aku dapat melihat wajah pakar motivasi terkemuka secara langsung yang mana dahulunya aku hanya menonton menerusi kaca peti televisyen sahaja. 

Kata-kata beliau tetap terpahat dalam mindaku yang mana satu satu tips untuk menjadi menjadi pelajar cemerlang adalah banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain termasuklah kismis, kurma dan madu. Air soya sememangnya telah menjadi kegemaranku sejak dari kecil lagi kerana mudah didapati daripada Uncle yang menjualnya keliling kawasan perumahan dengan menaiki basikal. Rasanya soyanya begitu segar jikalau dibandingkan dengan soya yang telah dipastur dan dijual di dalam kotak di rak-rak pameran di dalam kedai runcit mahupun di pasaraya. 

Ketika menyampaikan ceramah motivasi, Dr. Fadilah Kamsah sempat berseloroh yang mana katanya orang-orang Jawa sepertinya kebanyakannya berjaya dan cemerlang dalam pelajaran mahupun kerjaya kerana banyak makan tempe. Sejak mendengar motivasi itu hinggalah ke hari ni, aku pantang jumpa tempe. Tidak kiralah tempe goreng, tempe masak lodeh, tempe sambal atau apasahaja jenis masakan asalkan tempe pasti aku akan memakannya.

Siapapun pasti kenal tempe. Makanan ekonomik yang selalu ada di setiap menu makanan kita. Namun tidak ramai yang tahu khasiat di balik makanan yang rasanya yang lazat, harganya murah dan mudah didapati.




Tempe sering dijumpai di rumah maupun di warung-warung, sebagai lauk dan pelengkap hidangan. Tapi tempe ternyata bukan hanya sekadar makanan sederhana. Tempe memiliki kandungan dan nilai cerna yang lebih baik dibandingkan dengan kacang soya.


Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :


  • Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).
  • Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
  • Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
  • Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
  • Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
  • Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
  • Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
  • Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
  • Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
  • Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.



Kenapa aku cerita pasal tempe dengan panjang lebar adalah kerana hari ini buat pertama kalinya aku makan tempe. Sebelum ini aku khuatir nak makan tempe kerana aku bimbang zat yang berada di dalamnya adalah serupa dengan kentang, banyak karbohidrat. Rupanya tidak! Malahan sangat berkhasiat. 



Siapa kata bila berdiet kita kena kurangkan makan atau tidak makan langsung... Salah teknik tu. Diet yang sihat adalah dengan memilih makanan yang berkhasiat dan tidak meninggalkan waktu makan (Skip Meals). Dulu aku pernah cuba Skip Meal tapi jarum pada mesin penimbangku ketika itu tidak pula bergerak turun, bergerak naik lagi adalah. Hehehehehe namun sekarang aku mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat dan alhamdullilah semakin kurang kilogram/gram setiap hari. Syukur pada tuhan!

Berikut adalah dugaanku...


















Bukan hadiah ini sebenarnya yang menjadi gangguan cuma malam itu aku dikehendaku menghadiri majlis berinai dan apabila tiba di rumah bakap pengantin, aku dihidangkan dengan minuman Sarsi yang sejuk, nyaman dan menggoda mataku. Aku berpaling ke arah lain dan selesaikan urusanku. Alhamdullilah aku berjaya menangkis godaan tersebut walaupun ketika itu aku rasa amat dahaga sekali. Tahniah buat diriku. Chaiyok2!


Ringkasan hidangan yang diambil hari ini:
Hari Keenam Fasa Pertama pada 15/12/12

Sarapan - Susu & Air Kosong
Minum Pagi  & Makan Tenghari (BRUNCH) - 1 Ketul Ayam, Kacan Botol, Tomato, Timun, Sayur Kobis, Sayur Kacang Panjang & Tempe
Minum Petang - Susu & Air Kosong
Makan Malam - Suku ekor Ayam Golek Pok Nik
'Supper' - Air Kosong

Kalori yang telah diambil - Ada yang nak tolong kirakan?...

, , , ,

Hari 03 - Diaktifkan Kembali Dengan Semangat Jitu

Hari ini bergegas ke Studio untuk menyiapkan hasil karya yang tertangguh semalam. Namun ide dan ilham tidak kunjung tiba. Sebaliknya, semangat membuak-buak untuk 'revamp' dan mengaktifkan kembali blog ini yang setelah sekian lama tidak dinukilkan sebarang perkongsian. Kali ini, aku dengan satu matlamat yang jitu akan meneruskan misi sehingga sempurna dan mengemaskini perkongsian semangat Anak Selim Pasti Selim sejak bermulanya meninggalkan sawah padi opss... tersasul lak, meninggalkan NASI pada 10.12.12

12.12.12, tarikah yang begitu cantik dan tarikh yang akan diingati di mana kembali aktifnya blog http://iraniangurl.blogspot ini. Semoga semangat dan usaha ini akan terus berkekalan sehingga aku mencapai matlamat untuk mendapat berat badan yang ideal.

Seperti biasa, santapanku di pagi hari adalam susu dan air kosong. Kemudiannya 2 ketul ayam dan telur rebus untuk hidanganku pada jam 11 pagi. Awal bukan? Ditambah pula dengan sambal kicap cili potong bersama hirisan bawang. Sangat sedap.  Tidak  dimakan dengan nasi pun tidak mengapa... 'Blueekkkk to Incik Nasi!' ;P

Kali ini fokusku terhadap mengemaskini blog membuatkan aku kenyang. Mana tidaknya sepanjang itu jugalah aku minum air kosong dan berulang pergi ke tandas hampir 3-4 kali. Ini menunjukkan tanda yang bagus di mana toksin-toksin di dalam badanku telah terbuang. Bahan kumuhan yang terhasil pun nampak cerah jer... (Harap faham apa yang aku maksudkan. Kalau tidak faham, buat-buat faham sahajalah) Hehehehehe...



Cuba teka ikan apa? Jelas sekali nampak jaket yang dipakainya... Ikan Cencaru bersama dengan kacang botol, kacang panjang dan cebisan ayam goreng.

Jam 5:00 petang hujan turun... tidak pasti samada ianya lebat seperti semalam kerana aku berada di dalam studio dan tidak langsung menjenguk ke luar jendela. Badanku bagaikan melekat ke kerusi tetapi  disebabkan perutku lapar, lalu aku bangkit dan menikmati pula ikan panggang dengan kuah asam serta ulam-ulaman yang ada. Aduhai... sedapnya! Cebisan Ayam goreng sewaktu 'brunch' masih berbaki turut dinikmati sekali. 

Sedar tidak sedar jam telah menghampiri jam 10 malam dan aku masih di Studio. Aku harus tiba di rumah sebelum Cik Abang pulang. Walaupun niat di hati ingin singgah membeli bakso yang panas-panas tetapi kubatal sahaja niatku itu kerana sekarang aku tengah buat perbandingan yang bebola daging tersebut mungkin dicampur dengan tepung. Adalah Lebih baik aku makan daging masak kari yang terhidang di rumah tanpa mengambil kuahnya. Betul tak?





Ringkasan hidangan yang diambil hari ini:
Hari Ketiga Fasa Pertama pada 12/12/12

Sarapan - Susu & Air Kosong
Minum Pagi  & Makan Tenghari (BRUNCH) - 1.5 Ketul Ayam, 1 Telur Rebus
Minum Petang - 1 ekor Ikan Cencaru, cebisan ayam goreng & Ulam-ulaman
Makan Malam - Susu & Air Kosong
'Supper' - beberapa ketul cebisan daging masak kari tanpa kuahnya

Kalori yang telah diambil - Ada yang nak tolong kirakan?...

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair