.:Punca Diet Tidak Berhasil:.

Punca Diet Tidak Berhasil
Anda sudah puas melakukan pelbagai diet, tetapi berat badan idaman tidak juga tercapai, Mengapa agaknya ya? Soalan ini juga yang sering di tanya oleh ramai orang wanita dan juga lelaki yang senasib dengan anda. Tentu ada punca kenapa perkara ini terjadi, ini. Perkara ini adalah berpunca kerana ada beberapa kesalahan yang sering kali tidak akan anda sedari ketika sedang berdiet.
Akibat kesalahan ini, berat badan anda tetap dalam ukuran yang serupa, malahan ada yang menjadi sebaliknya. Iaitu anda mendapat berat badan yang berganda dari sebelumnya. Aduhai!!!!!!

Berikut adalah beberapa kesalahan yang tidak kita sedari.

Mengurangi Waktu Makan, Bukan Jumlah Makanan
Perkara ini sering kali dilakukan oleh fanatik diet ini, dengan melepaskan salah satu waktu makan seperti sarapan atau makan malam. Sedangkan sarapan dan makan malam itu sangat penting sebagai sumber tenaga utama untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari, ada juga yang menggelakkan mengambil makanan yang manis dan berlemak ketika sedang berlapar.
Perlu di ingat, makan secara teratur, tiga kali sehari akan meningkat metabolisme tubuh yang akan membantu mengurangkan berat badan, kerana proses pembakaran lemak dan kalori lebih mudah terjadi. Ini berbeza ketika tubuh dalam keadaan berlapar, metabolisme secara semula jadi akan menurun.

Diet yang menghadkan sekelompok makanan sahaja
Diet yang menganjurkan tidak makan kabohiderat atau lemak sama sekali, dan hanya mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja tidak baik untuk kesihatan, kerana tubuh juga memerlukan vitamin dan mineral terutama dalam usia remaja.
Tubuh juga memerlukan kalori dan nutrien yang seimbang untuk menjaga kesihatan. Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada langsung tidak mengambil lemak.

Pengambilan kalori terlalu rendah
Untuk perempuan, tubuh memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, sementara lelaki memerlukan 2500 kalori. Tetapi jika kadarnya lebih rendah iaitu sekitar 1000 sehari atau kurang. Ia akan menyebabkan metabolisme tubuh akan menurun dan boleh menyebabkan anemia.

Tidak Bersukan
Exercise atau bersenam akan meningkatkan metabolisme tubuh serta membantu proses pembakaran lemak dan kalori, berat badan pun akan cepat menurun. Kalau tidak bersukan, sudah pasti proses penurunan berat badan anda akan sukar.

Makan Salad
Memakan salad ini memang baik, tetapi anda perlu ingat bahawa biasanya mayonis yang digaulkan dalam salad mengandungi lemak yang cukup tinggi.

Tidak Minum Susu
Minum susu setiap hari amat diperlukan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana ia boleh menguatkan tulang dan melengkapkan nutrien tubuh. Jangan abaikan minum susu pulak.

Berat Badan Turun Drastik
Sebaik-baiknya berat badan yang turun tidak boleh lebih 1-2kg dalam seminggu kerana jika berat turun mendadak, ia boleh menjadi punca pada kompilasi kesihatan pada yang lain, seperti hati dan buah pinggang. Ini kerana organ tersebut terpaksa berkerja keras untuk menggantikan cadangan glukosa dalam darah. Selain itu juga akan menganggu kesihatan anda.

2 comments:

Kasut But Ceri Merah said...

dayu...
bagusnye tips berdiet nie.
bulehlah gee paraktikkan...
mekacih dayuuuuuuu :)

Hazizon said...

Berguna tips ni...tapi susah juga cuti sekolah kena masak untuk anak2 selera pun sama naik...

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair