, , , , ,

Makan FREE di Restoran Cheng Ho

Beginilah Tradisi di ofisku, Metadome. Yang mana jikalau ada staff yang baru masuk pasti diwajibkan untuk belanja makan satu ofis hasil gaji pertama yang diterimanya. Kebiasaannya kami dijamu dengan Pizza Hut, KFC, Nasi Lemak Kg Baru, Domino Pizza, Burger King. Namun kali ini, kami semua makan di luar.... Makan di sebuah restoran yang sekali mahupun berkali² dengar macam restoran milik bangsa cina - Restoran Cheng Ho. Sebenarnya Restoran ini adalah kepunyaan Amy Search.

Terpegun melihat dekorasi yang indah apabila menjejakkan kaki ke dalam restoran tersebut. Terdapat gambar-gambar masyarakat Cina Muslim dan tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding restoran yang semuanya hasil ilustrasi terakhir sahabat baik Amy iaitu Allahyarham Jalil Ngah. Tak menang tangan untuk cuba mengabadikan gambar-gambar yang terpampang di dinding apabila berposing. :)

Memang lazat hingga menjilat dulang, hidangan yang terdapat di situ. Tak sia-sia staf² baru Metadome - Kak Aida, Mizi, Azahari, Dang, Syafiq dan Afham memilih Restoran tersebut untuk menjamu kami seisi ofis. Terima kasih yang tak terhingga buat kalian.

LOKASI :
CHENG HO RESTAURANT

NO: 15 - 17g, Wangsa Delima 10
Block 38, Dwangsa, WangsaMaju.


4 comments:

shahibbul said...

Nak tanya macam mana nak pergi sana ye, ada map ke ape ke,

terima kaseh

RieDa eiDayu said...

Cuba try cari kat www.wikimapia.com untuk peta lokasi. Ianya terletak di Wangsa Link(shop houses baru belakang Carrefour Wangsa Maju. Tak susah nak cari, kedudukannya belakang Maybank. Row pertama, masuk dari pondok polis.

Anonymous said...

mudah2 cik dayu bertemu jodoh

Ihya said...

Salam ziarah cik gadis iran..

Sodap ko makan kek situ?

Macam sodap yo..Ingat nanti den nak bawak anak bini den makan kek situ..Insya Allah..

jago diri...wsalam

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair