, , , , , , ,

Hari 05 - Sakit Tulang Belakang


Inilah situasi yang pernah berlaku pada diriku suatu ketika dahulu pada suku pertama tahun 2009, aku mengalami sakit belakang yang kronik akibat kecederaan mengangkat barang yang berat dengan kedudukan badan yang tidak betul tambahan lagi tidak menjaga postur badanku apabila menghasilkan  karya-karya seni lukisku sejak tahun 2005. Malahan bila batuk pun aku akan berasa amat sakit dan kebas-kebas. Jadi apabila terasa sakit yang teramat sehingga terbatas pergerakanku untuk sehari dua, Cik Abg segera membawaku ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Aku melalui X-Ray dan MRI, akhirnya doktor memaklumkan ada sedikit keretakan pada tulang belakangku di bahagian L5/S1. Masuk ke wad untuk pertama kalinya seumur hidupku dan tidak sampai 2 hari, sejurus menjalani rawatan suntikan epidural steroid aku memohon untuk discaj daripada wad dan pulang segera ke rumah. Suntikan epidural steroid yang telah kulalui bertujuan mengurangkan bengkak dan keradangan yang berlaku pada akar saraf yang tersepit. Prosedur sebelum melakukan suntikan tersebut saling tidak tumpah seperti persediaan menjalani pembedahan di mana aku perlu bertukar ke gaun surgikal dan ditolak masuk ke dewan pembedahan. Tengok lampu dalam dewan pembedahan sudah membuatkan aku rasa seriau...

Aku dikehendaki datang semula ke hospital bagi menjalani fisioterapi sebagai rawatan susulan sebagaimana yang disarankan oleh doktor pakar tulangku. Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sewaktu aku menjalani rawatan tersebut.



Oleh kerana kecederaan yang pernah ku alami inilah yang membuatkan aku terbatas untuk bersenam dan doktor pakar memberikan saranan agar aku melakukan aktiviti berenang untuk menguatkan otot perutku bagi menyokong tulang belakang. Doktor pakarku juga menasihatkan aku agar mengurangkan berat badan. Namun ketika itu, kesedaran masih belum timbul. Hobi kujalan-jalan cari makan tetap diteruskan dan beratku badanku pada 2009 hingga ke 2011 naik 15 kilogram.




Kini, aku bersyukur kerana aku kini telah terbuka minda dan bersemangat untuk menjalani kehidupan yang cergas dengan pemakanan yang sihat.

Inilah hidangan untuk makan tengahari bersama ikan kegemaranku iaitu ikan keli yang penuh khasiat.


Selain protein yang tinggi, ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh manusia.Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
  • meningkatkan sistem penglihatan
  • meningkatkan sistem saraf
  • memulihkan radang
  • mengurangkan kadar bengkak pada sendi
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak




























Close-Up hidangan yang kunikmati tenghari tadi. Ikan keli yang sangat lazat dan penuh khasiat bersama sayur-sayuran yang sangat lazat dan segar rangup. 



Inilah telur tiga suku (ada yang panggil telur setengah masak, anda bagaimana?)... rasa tidak cukup hanya makan sebiji. Sebenarnya aku maka 2 biji. Dalam gambar ini yang sebiji tersebut telah selamat menyelusuri kerongkongku. Sedap... ;)



Ringkasan hidangan yang diambil hari ini:
Hari Kelima Fasa Pertama pada 14/12/12

Sarapan - Susu & Air Kosong
Minum Pagi  & Makan Tenghari (BRUNCH) - Sayur Bayam, Sayur pucuk paku, Ikan Keli & Telur Setengah Masak
Minum Petang - Ayam masak Gulai (2 Ketul)
Makan Malam - Susu & Air Kosong

Kalori yang telah diambil - Dalam proses mengumpul maklumat.

0 comments:

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair