Syukur ke hadrat tuhan akhirnya aku diberikan kekuatan untuk memulakan cara hidup dan cara makan yang lebih sihat. Hari ini aku menanam tekad untuk memenuhi impian aku 10 tahun lalu untuk kuruskan badan. Impian yang tidak pernah tercapai dan asyik terkubur sahaja kerana 'rasukan nasi'...
Kali ini aku tak peduli! Aku memaksa diri untuk kesekian kalinya berusaha ke arah tersebut. Walaupun pasrah (kerana terpaksa), usaha ke arat matlamat yang satu itu harus diteruskan. Semoga tuhan permudahkan segala urusanku dan diberikan perlindungan dari sebarang gangguan.
Tiada yang mustahil kerana diri ini benar-benar menginginkannya! Semoga usaha ini mendapat rahmat kasih sayang tuhan & syafaat rasulNya.
Main Menu
Brokoli,
Chicken Chop,
Fasa 1,
Lobak
Hari 01 - Menanam Tekad, Impian Sedekad...
Hari ini sediakan sebotol air kosong 1.5 liter dan minuman susu untuk menemaniku sepanjang tempoh aku sibuk di Studio bagi menyiapkan karya kanvas 6x6 untuk Pameran ArtGeng di Matic tahun hadapan. Sasaran aku nak pamerkan 6 karya. Media yang bakal digunakan adalah bebas. Aku campur macam-macam bahan dan ikut suka hati aku sahaja... Apa pun, elemen lukisan inai harus tertempel pada karya-karya yang bakal dihasilkan.
Dari jam 11 pagi aku mengurungkan diri, fokus menghasilkan karya tersebut... sedar tidak sedar suara garau dari MacBook milikku menyatakan; "It's 5 O'clock!"
Cepat sungguh masa berlalu dan baruku sedar perutku menyanyikan lagu 'Keroncong Untuk Ana'. ;) Mana tidaknya, dari tadi asyik diisi dengan air kosong dan susu. Wah, wah! saya rasa hari ini sangat sihat... tetapi makan dilupa jangan.
Terus bergegas keluar memandu untuk mencari makanan yang berkhasiat. Lapar pada tahap maksima! Dengan segera aku memesan semangkuk Garden Salad dan Chicken Chop with Italian Herbs serta 2 gelas air kosong. Cuba teka di mana aku makan?
Bagi yang meneka dengan betul, mesti anda dah selalu menjamu selera di Pizza Hutkan? Bijak... bijak!
Pelayan di situ dengan segera menghulurkan aku mangkuk kosong. Aku dengan segera ke kaunter Salad dan membuat pilihan. Mataku tertacap pada sos 'Thousand Island' yang menjadi kegemaranku sejak kecil lagi. Namun kali ini aku menghadkan diriku untuk mengambil hanya sedikit sahaja. Betul, aku tidak tipu dan buktinya seperti gambar yang kurakam di bawah ini.
Dengan sopannya aku meratah semua isi Garden Salad ini. Ikutkan hati, ingin sahaja aku melahap semahu-mahunya. Tidak manis seorang gadis muslimah yang ayu bersikap sedemikian rupa. Dengan rasa bersyukur aku makan dan menikmati Garden Salad ini... Sedap! Tambah untuk kali ke 2.
Kemudian muncul pula hidangan yang berikutnya iaitu Chicken Chop with Italian Herbs. Sewaktu membuat pesanan tadi, aku telah maklumkan pada pelayan yang aku hanya inginkan Chicken Chop tanpa kentang lenyek. Disebabkan aku dah tolak kentang lenyek maka aku pun meminta agar diberikan lebih sayur-sayuran. Kuahnya pula aku minta diasingkan ke dalam sebuah mangkuk.
Seronok sekali apabila hidangan yang sampai begitu banyak brokoli dan terdapat batang-batang lobak yang telah distim. Kuah yang bergenang dalam pinggan tersebut tidak pasti pula apa tapi rasanya seperti bawang putih.
Mungkin ada yang tertanya-tanya samada sedap atau tidak makan Chicken Chop tanpa kuah? Sedap ada tidak itu bukan persoalannya. Apa yang penting, (kerjasama!) hehehehe... Apa yang penting adalah khasiatnya. Gambar di bawah adalah gambar hidangan yang diambil secara dekat. Menggiurkan tak?
Ringkasan hidangan yang diambil hari ini:
Hari Pertama Fasa Pertama pada 10/12/12
Sarapan - Susu
Minum Pagi - Air Kosong 2 gelas
Makan Tengahari - Susu (sebabnya agak sibuk dan fokus dalam menyiapkan hasil karya)
Minum Petang - Masa inilah yang digunakan untuk makan hidangan yang berkhasiat yang sepatutnya dimakan pada waktu tengahari tadi.
Makan Malam - 1 Keping Chicken Chop & 1 Keping Chicken Grill tanpa sebarang kuah.
dan yang paling penting, minum air kosong banyak-banyak... walaupun liat, tetap usahakan. Hanya dapat habiskan 1.5L sahaja hari ini.
Kalori yang telah diambil - Masih belajar untuk mengira...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search this blog
JUMLAH KUNJUNGAN
JOM SANTAI DI SINI
KLIK & KOMEN
-
Beginilah Tradisi di ofisku, Metadome. Yang mana jikalau ada staff yang baru masuk pasti diwajibkan untuk belanja makan satu ofis hasil gaji...
-
Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan untuk bersantai mesra bersama insan yang dikasihi dengan mengetepikan kesibukan masing-masing...
-
I was so busy since last January till I have no time to update my blog. Last evening, I was told by Nash that someone has post me a warning ...
-
Inilah situasi yang pernah berlaku pada diriku suatu ketika dahulu pada suku pertama tahun 2009, aku mengalami sakit belakang yang kronik...
-
Allah knows what's d best 4 us. Why should we complain. We always want sunshine. But He knows there must be rain. We always want laughte...
-
I have organized a Henna Party during the Christmas Eve at home with the help of my Sister, Nieces and adopted Nephew. It is actually a joi...
-
Self insight to get blessing from ALLAH... Itulah yang ku praktiskan beberapa bulan ini... Muhasabah diri ke arah mukmin sejati. Walaupun ...
-
Syukur ke hadrat tuhan akhirnya aku diberikan kekuatan untuk memulakan cara hidup dan cara makan yang lebih sihat. Hari ini aku menanam teka...
-
CLICK HERE~! to view more pictures in Cameron Highlands .: Saturday, 28th April 2007 A much awaited day for the drive and overnight stay...
-
Punca Diet Tidak Berhasil Anda sudah puas melakukan pelbagai diet, tetapi berat badan idaman tidak juga tercapai, Mengapa agaknya ya? Soalan...
ARKIB BLOG
-
▼
2012
(8)
-
▼
December
(8)
- Hari 08 - Bersantai Mesra Dengan Cik Abg
- Hari 07 - Petua Memilih Makanan di Restoran
- Hari 06 - Tempe Oh Tempe
- Hari 05 - Sakit Tulang Belakang
- Hari 04 - Senaman Yang Tidak Dijangka
- Hari 03 - Diaktifkan Kembali Dengan Semangat Jitu
- Hari 02 - Protein Dari Pagi Hingga Ke Malam
- Hari 01 - Menanam Tekad, Impian Sedekad...
-
▼
December
(8)
0 comments:
Post a Comment