:: Revolusi Ke Arah Khayra ::



Bermula pada saat ini... dan tika ini... Yang pastinya daku ingin meneruskan niat suciku ini yang mana dahulunya seringkali tertangguh.

:: Agenda-agendaku yang seringkali TERTANGGUH ::

Aku rasa taklah banyak mana tapi aku nak cuba senaraikan berapa banyak menda yang telah aku tangguhkan... Mulai saat dan tika ini, aku harap aku dapat meneruskannya.. Tak baik sebenarnya sikap suka bertangguh2 nie.. Tapi mampukah aku lakukan berseorangan tanpa adanya sesiapa di sisiku untuk terus memberi semangat & sokongan kepadaku.

Malu sebenarnya aku nak cerita... Kalau aku nukilkan di sini khuathir ada yang tertido bila membacanya. Apapun, setelah sekian lama aku berfikir, aku bertekad untuk menyenaraikannya di sini sebagai peringatan buat diriku sendiri.

1. Tertangguh untuk meneruskan nukilan di dada skrin.
2. Tertangguh untuk memuat naikkan gambar2ku di fotopages.com
3. Tertangguh nak menguruskan badan.
4. Tertangguh sambung Master.
5. Tertangguh untuk bersenam.
6. Tertangguh nak uruskan harta peninggalan arwah Mama.
8. Tertangguh untuk menyimpan duit secara tetap di bank.


Apa lagi yea? ermx... Nanti kalau aku teringat.. aku akan cuba update lagi ler. Buat masa sekarang nie.. Aku dah hilang ingatan.. AhakS~! :))

Alangkah bagusnya kalau aku boleh tertangguh menda-menda yang di bawah nie. Misalnya,

1. Tertangguh nak makan nasi sebab takut bertambah berat badan.
2. Tertangguh untuk pergi shopping supaya aku dapat kumpul duit banyak2.
3. Tertangguh untuk sambut hari jadi agar aku akan sentiasa muda. Logik ker? Eheheheh..

Apa lagi yea yang perlu akan teruskan urusan tertangguhku supaya aku leh kecapi kejayaan dan apa pula mendanya yang perlu aku tangguhkan untuk kecapi kejayaan? Pelik? Kompius?.... Tak apa.... Jangan bazirkan masa pikirkan tentang apa yang aku nukilkan ini kerna ianya bisa membuatkan korang pening kepala.

Just sit back and relax... Okey?

1 comments:

2006 IPR Lawyers Alumnus said...

Hey Dayu,

No worries on the quite-a-long list. You should be proud of yourself, as who you are today. Insya' Allah, with grit, patience and dedication, you will achieve those unfulfilling list step by step. Patience counts. Having said that, love the theme of your blog! it's chocolate :)

Cheers

Wadi
Glasgow
Scotland

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair