, , , ,

Hari 03 - Diaktifkan Kembali Dengan Semangat Jitu

Hari ini bergegas ke Studio untuk menyiapkan hasil karya yang tertangguh semalam. Namun ide dan ilham tidak kunjung tiba. Sebaliknya, semangat membuak-buak untuk 'revamp' dan mengaktifkan kembali blog ini yang setelah sekian lama tidak dinukilkan sebarang perkongsian. Kali ini, aku dengan satu matlamat yang jitu akan meneruskan misi sehingga sempurna dan mengemaskini perkongsian semangat Anak Selim Pasti Selim sejak bermulanya meninggalkan sawah padi opss... tersasul lak, meninggalkan NASI pada 10.12.12

12.12.12, tarikah yang begitu cantik dan tarikh yang akan diingati di mana kembali aktifnya blog http://iraniangurl.blogspot ini. Semoga semangat dan usaha ini akan terus berkekalan sehingga aku mencapai matlamat untuk mendapat berat badan yang ideal.

Seperti biasa, santapanku di pagi hari adalam susu dan air kosong. Kemudiannya 2 ketul ayam dan telur rebus untuk hidanganku pada jam 11 pagi. Awal bukan? Ditambah pula dengan sambal kicap cili potong bersama hirisan bawang. Sangat sedap.  Tidak  dimakan dengan nasi pun tidak mengapa... 'Blueekkkk to Incik Nasi!' ;P

Kali ini fokusku terhadap mengemaskini blog membuatkan aku kenyang. Mana tidaknya sepanjang itu jugalah aku minum air kosong dan berulang pergi ke tandas hampir 3-4 kali. Ini menunjukkan tanda yang bagus di mana toksin-toksin di dalam badanku telah terbuang. Bahan kumuhan yang terhasil pun nampak cerah jer... (Harap faham apa yang aku maksudkan. Kalau tidak faham, buat-buat faham sahajalah) Hehehehehe...



Cuba teka ikan apa? Jelas sekali nampak jaket yang dipakainya... Ikan Cencaru bersama dengan kacang botol, kacang panjang dan cebisan ayam goreng.

Jam 5:00 petang hujan turun... tidak pasti samada ianya lebat seperti semalam kerana aku berada di dalam studio dan tidak langsung menjenguk ke luar jendela. Badanku bagaikan melekat ke kerusi tetapi  disebabkan perutku lapar, lalu aku bangkit dan menikmati pula ikan panggang dengan kuah asam serta ulam-ulaman yang ada. Aduhai... sedapnya! Cebisan Ayam goreng sewaktu 'brunch' masih berbaki turut dinikmati sekali. 

Sedar tidak sedar jam telah menghampiri jam 10 malam dan aku masih di Studio. Aku harus tiba di rumah sebelum Cik Abang pulang. Walaupun niat di hati ingin singgah membeli bakso yang panas-panas tetapi kubatal sahaja niatku itu kerana sekarang aku tengah buat perbandingan yang bebola daging tersebut mungkin dicampur dengan tepung. Adalah Lebih baik aku makan daging masak kari yang terhidang di rumah tanpa mengambil kuahnya. Betul tak?





Ringkasan hidangan yang diambil hari ini:
Hari Ketiga Fasa Pertama pada 12/12/12

Sarapan - Susu & Air Kosong
Minum Pagi  & Makan Tenghari (BRUNCH) - 1.5 Ketul Ayam, 1 Telur Rebus
Minum Petang - 1 ekor Ikan Cencaru, cebisan ayam goreng & Ulam-ulaman
Makan Malam - Susu & Air Kosong
'Supper' - beberapa ketul cebisan daging masak kari tanpa kuahnya

Kalori yang telah diambil - Ada yang nak tolong kirakan?...

1 comments:

Anonymous said...

Cube gi http://www.myfitnesspal.com/
kat situ boleh cari na tau brapa kalori..

-Hamie Shah Yni

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair