, , , , , , ,

Hari 07 - Petua Memilih Makanan di Restoran

Hari ini aku teringin untuk memakan hidangan garden salad. Keinginan ini tercetus kerana  lokasi restoran Pizza Hut yang hampir dan terletak hanya beberapa kilometer dari studioku. Dahulunya aku kerap makan di luar apabila menghadiri temujanji dengan klien mahupun diskusi dengan rakan-rakan. Ketika itu mana-mana gambar makanan yang tampak lazat persembahannya serta  mampu merembeskan air liur sewaktu meneliti menu hidangan, pasti menjadi pilihanku. Kadang-kadang aku suka sangat mencuba hidangan-hidangan baru tanpa mengetahui isi kandungan dan kalori setiap makanan yang kumakan. Terlalu jahil benar aku ketika itu. Syukur ke hadratnya kini tidak lagi, pelbagai kesedaran dan pengetahuan yang telah aku ketahui turut serta dikongsikan bersama dan di sini aku ingin kongsikan petua memilih makanan di restoran :


  • Sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar

  • Baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur

  • Minta salad tanpa dresing

  • Minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba

  • Pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar

  • Jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan

  • Jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong

  • Pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah

  • Minta buah-buahan sebagai pencuci mulut

  • Minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis.


Memandangkan aku tidak makan hidangan yang berat sejak sarapan termasuk makan tengahari, Garden Salad ini aku meletakkan sedikit dressing... Hanya sedikit sahaja sebagai perisa dan selain daripada Garden Salad, aku juga turut memesan Chicken Wings... Habisku makan seorang semuanya dan pastinya sebelah malam nanti aku tidak perlu makan lagi. Cukup dengan meminum air kosong dan susu.











Hari Ketujuh Fasa Pertama pada 16/12/12

Sarapan - Susu & Air Kosong
Minum Pagi  & Makan Tenghari (BRUNCH) - Susu & Air Kosong
Minum Petang -  Garden Salad, 3 Ketul Kepak Ayam dan 2 gelas air Suam
Makan Malam - Susu & Air Kosong
'Supper' - Air Kosong

Kalori yang telah diambil - Sedang menyalin senarai kalori...

0 comments:

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair